Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata equus


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuda1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuda I1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuda belangkuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuda belang (loreng)sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli;Kamus Dewan Edisi Keempat
keldainama sj binatang yg seakan-akan kuda tetapi lebih kecil dan telinganya panjang, Equus asinus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keldainama sj binatang yg seakan-akan kuda tetapi lebih kecil dan telinganya panjang, Equus asinus.Kamus Pelajar

Kembali ke atas