| kata berlawan | kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kata lawan | kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| solek | (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wanita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| erti | 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| erti | 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2. guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1. mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2. ertinya; maksudnya:Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3. berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1. menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya:kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Malaysia. 2. menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1. pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2. tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata-kata yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. | Kamus Pelajar |
| patut I | 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayaknya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, secocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memperelok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menyelidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| maksud | 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| konteks | (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yg ada kaitannya atau dapat dihubungkan dgn sesuatu: cadangan YB Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| makna | erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghidupkan | membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |