| esok lusa | a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tajak | sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas mengayun cangkul dan ~, membuat kebun sayur;~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan; menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak; penajakan perbuatan (kerja) menajak; penajak orang yg menajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berbaik | 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berbaik | 1. berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2. berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. | Kamus Pelajar |
| esok | (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| esok | /ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| esok | /ésok/ 1. hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2. kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = nya esoknya. | Kamus Pelajar |
| baik | 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| luka | 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa tersindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindirkan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan bertikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| baik | 1. tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2. tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3. pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4. tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5. kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1. terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat:orang ~. 2. dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3. hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1. berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2. berdamai kembali (setelah berkelahi):Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan);menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1. perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2. faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1. hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2. hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. sebaik 1. sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2. pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. baik biak; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). baik pulih; membaik pulih memeriksa dgn teliti utk membaiki atau utk memulihkan keadaan sesuatu alat (terutamanya kenderaan, jentera dsb). | Kamus Pelajar |