| hebat | /hébat/ amat dahsyat dan mengerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hebat | /hébat/ amat dahsyat dan mengerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. | Kamus Pelajar |
| tentangan | 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mega II | (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| umph | bp rasa ghairah (bertenaga, hebat, menarik dsb): mereka kata mereka suka watak itu dan mereka rasa ada ~!; kopi yg dibancuh-nya itu tak ada ~! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kebalikan | sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sikap I | 1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Pakistan terhadap perancangan keluarga telah berubah; bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, berlagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gah | sl 1. kemasyhuran, kemuliaan: maka masyhurlah ~nya merata negeri; 2. keangkuhan, kebanggaan; ~ dan takbur kesombongan; 3. ki, bp menjadi buah pertuturan orang, termasyhur: maka ~lah ke seluruh dunia akan kehandalan pahlawan itu; 4. kelihatan hebat: syarikat pengilangan yg ~ dr segi fizikalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ameliorasi | (améliorasi) (Lin) perubahan makna sesuatu kata drpd makna yg kurang elok kpd makna yg lebih baik, mis canggih yg dahulunya bermakna terlalu banyak bercakap berubah kpd moden dan hebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentap | ; berentap beradu kekuatan, kebolehan, pengaruh dsb dgn hebat utk mencapai kemenangan dsb: Para peserta akan ~ utk menjadi juara dlm pertandingan itu. merentap menarik dgn kuat dan pantas; menyentak; merenggut: Dgn marah, dia ~ tangan budak itu. Direntapnya tali itu hingga putus. rentapan tarikan yg kuat dan pantas; sentakan; renggutan: ~nya begitu kuat sehingga putus tali itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |