Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hemat(hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berawas-awas, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pe­mandunya kurang ~; 3. pemerhatian, peng­amatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat cermat, kalau boros pasti akan berhutang; berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; menghemat, menghematkan menjimat­kan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang; terhemat; tidak ~ tidak terkira; hematan perhitungan, perkiraan; kehematan perihal (sifat) hemat; penghematan perihal atau perbuatan meng­hemat.Kamus Dewan Edisi Keempat
open(opén) Jk 1. suka memerhatikan segala-galanya, cermat, hemat; 2. suka memungut barang-barang yg terlantar; mengopeni 1. memerhatikan, mengendah­kan; 2. memungut (mengutip) apa-apa yg terlantar.Kamus Dewan Edisi Keempat
jimatI 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm mem­belanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluar­kan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat.Kamus Dewan Edisi Keempat
teliti1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa.Kamus Dewan Edisi Keempat
picik1. tidak lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor; 2. tidak luas, sempit, cetek (pan­dangan, fikiran, pengetahuan, dll): bertambah-tambah pula ~ pengetahuanku dlm ilmu mengarang; 3. sempit, susah (wang, peng­hidupan, dll): kalau kita sesak dan ~ wang, tidak ada siapa boleh memberi; 4. Jk tidak boros, cermat, hemat; memicikkan menyempitkan, mengurang­kan, dll; kepicikan perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak.Kamus Dewan Edisi Keempat
sampai I1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaya I1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas