| menyalakan | 1. menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan menyala: dgn perlahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| revivalisme | (révivalisme) gerakan atau kecenderungan utk menghidupkan kembali adat (idea, gaya dsb) yg lampau: pendekatan ~ menghidupkan kembali gaya rupa silam dlm konteks reka bentuk kontemporari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyambilkan | membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jam masa nyata | (Komp) a) peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); b) isyarat jam yg ditentukan oleh masa sebenar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nyawa | 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ menentang bahaya maut; minta ~ minta dihidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan bersenyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencuba | 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nyala | ; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam; bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; menyalai memasang supaya menyala;menyalakan 1. menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan menyala: dgn perlahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; penyalaan perbuatan atau hal menyala(kan); penyala alat utk menyalakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sambil | dengan atau di samping (melakukan sesuatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pentingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cuba | 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekiranya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk mengetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (menjayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilakukan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |