Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
malu1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
malu I1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, be­rasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, mena­kuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, ter­sipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
nista1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: di­katai­­nyalah isterinya di muka kawan-kawan­nya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makh­luk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, meng­aibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosa­nya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya se­belah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruapMn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masya­rakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai ke­likatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
laknat1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan: setiap perbuatan jahat akan menerima ~ drpd Al­lah; 2. terkutuk, keji, hina, celaka: kami teruk diseksa oleh bangsa ~ itu; siapakah yg berbuat pekerjaan ~ ini? melaknat menurunkan laknat, mengutuki: Allah akan ~ orang yg menaruh niat jahat terhadap orang lain; melaknati mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar; terlaknat (yg) dilaknati, terkutuk: mereka akan dikatakan sbg kafir ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabah hatitidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai keja­yaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ mene­ri­ma cabaran dan dugaan hidup; telah di­rasai­nya miskin dan sengsara, hina dan me­larat, semua telah dilaluinya dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tabah II= ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai keja­yaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ mene­ri­ma cabaran dan dugaan hidup; telah di­rasai­nya miskin dan sengsara, hina dan me­larat, semua telah dilaluinya dgn ~; bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal; menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan (hati), menetapkan hati; ketabahan = ~ hati perihal tabah, kebe­ranian, kecekalan hati, keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam telah dapat mencapai kemenangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aib1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
diakata ganti diri ketiga (utk menegaskan atau merendahkan), ia: ~ yg mengambil bola itu, bukan saya; ~ orang bp mereka semua; itu ~ a) itu orangnya; b) itulah bendanya (per­kara­nya), itulah keadaan yg sebenarnya; mendiakan menyebut dia (dgn tujuan meng­hina, memandang rendah, dsb terhadap se­seorang).Kamus Dewan Edisi Keempat
Yahudi= orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas