| udik | 1. kawasan (daerah) hulu sungai, bahagian hulu sungai; 2. kampung, desa, dusun, lwn kota: kampung kami di ~ sekali, jauh dr kota; 3. ki tidak tahu adat, tidak sopan santun, tolol; orang ~ a) orang dr hulu (kampung, dusun); b) orang yg tidak tahu adat, orang bodoh; keudikan ki perihal udik, kebodohan, kedusun-an, kekampungan: puterinya cepat mengerti ~ pandangan sang bapak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mudik | 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keĀputusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat henĀdaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| temu; bertemu | 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. | Kamus Pelajar |
| atas angin | = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mudik | belayar atau pergi ke hulu sungai: Dr Teluk Intan, mereka ~ sampai ke Karai. memudiki belayar mudik di (sesebuah sungai): Setelah dua hari ~ sungai itu, sampailah mereka di tempat yg dituju. memudikkan menjalankan (perahu dll) ke hulu sungai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mudik | belayar atau pergi ke hulu sungai: Dr Teluk Intan mereka ~ sampai ke Karai. memudiki belayar mudik di (sesebuah sungai): Setelah dua hari ~ sungai itu, sampailah mereka di tempat yg dituju. memudikkan menjalankan (perahu dll) ke hulu sungai. | Kamus Pelajar |
| atas sungai | hulu sungai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| atas sungai | hulu sungai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| udik | 1 daerah di hulu sungai. 2 desa; kampung; dusun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| memudikkan | menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |