| hutan | 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seram I | 1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, menakut-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| puding I | sj tumbuhan (pokok kecil); jenis-jenisnya: ~ emas, ~ hutan, ~ merah, dll; ~ mas = ~ perak sj tumbuhan (pokok kecil), adal-adal, daun segenting, puring (Jw), Codiaeum variegatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengharu | 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengharu | 1. mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~ nya di hutan belantara itu. 2. mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. | Kamus Pelajar |
| cerang | sl kawasan dlm hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokoknya atau yg tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| azab | 1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cencurut | tikus kesturi; jenis-jenisnya: ~ gunung, Crocidura monticola; ~ hutan, Crocidura fuliginosa; ~ rumah, Suncus murinus; ~ tanah, Talpa micrura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cencorot | tikus kesturi; jenis-jenisnya: ~ gunung, Crocidura monticola; ~ hutan, Crocidura fuliginosa; ~ rumah, Suncus murinus; ~ tanah, Talpa micrura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kedondong I | sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Canarium spp.; ~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |