| ikan kering | ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ikan kering | ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| taruk I | tunas pd pokok (rumput dll), pucuk (pd dahan, batang): sekalian itu memakan ~ kayu dan ikan kering;~ angsoka sl telinga yg cantik molek; se-umpama bunga di gaung batu, ~ kaca tangkainya embun prb perihal gadis cantik terjaga dgn baik dan sangat susah hendak didekati;bertaruk ada taruknya, bertunas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rencah II | = perencah campuran berbagai-bagai barang atau rempah supaya masakan menjadi lebih sedap: ~-~ utk membuat rendang hati; terung panjat buat perencah gulai ikan kering; merencah mencampur lauk dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengeringkan | menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kering | 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengeringkan | menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terung I | sj tumbuhan (pokok renek dan herba yg buahnya boleh dimakan); ~ asam sj terung, Solanum ferox; ~ bali sj terung, Solanum lyphopesicum; ~ belanda = ~ asam hutan = ~ kapal = ~ perat = ~ piat = ~ pusat = ~ puyuh sj terung, Solanum aculeatissimum; ~ biru = ~ cina = ~ hijau = ~ manis = ~ ungu sj terung, Solanum melongena; ~ hitam = ~ meranti sj terung, Solanum nigrum; ~ pipit sj terung, Solanum sarmentosum; ~ pipit putih = ~ raya wang = ~ rembang sj terung, Solanum torvum; laksana ~ bertunang ikan kering prb perihal dua benda yg sangat sesuai; tua-tua ~ asam prb orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kering I | 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengeringkan | menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. | Kamus Pelajar |