Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikrab
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :akrab


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pendek(péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram.Kamus Dewan Edisi Keempat
waliI 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikah­kan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk men­dapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll); ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai; berwalikan mempunyai seseorang sbg wali; mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk; memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali; kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil; perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas