| tersingkir | 1. sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memungkiri | 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mungkir | 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri; pemungkir orang yg memungkiri janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daripada | 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~ serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| singkir | ; menyingkir 1. mengelak, menghindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dariku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak memakainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); menyingkiri 1. menjauhkan (menghindarkan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dlm berbagai-bagai erti), membuangi: segala ungkapan yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindarkan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan mengedari ayam betina); tersingkir 1. sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; penyingkir = kaum ~ pengungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |