| pisang I | sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelbagai | banyak jenisnya atau banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis; bermacam-macam: Taman itu penuh dgn ~ jenis bunga. mempelbagaikan menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pelbagai | banyak jenisnya atau banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis; bermacam-macam: Taman itu penuh dgn ~ jenis bunga. mempelbagaikan menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai. | Kamus Pelajar |
| rumpun | 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun beberapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rumpun | 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok spt buluh, padi dll; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal-usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun beberapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. | Kamus Pelajar |
| beraneka | banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| serupa | 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mempelbagaikan | menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| aneka | (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis, bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam, berbagai-bagai (jenis); beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi latihan ~; keanekaan kepelbagaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mempelbagaikan | menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. | Kamus Pelajar |