| capik | 1. tempang kakinya atau jalannya (kerana cacat kaki); 2. lumpuh (bkn kaki dan tangan); mencapikkan menyebabkan capik: kemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya; tercapik-capik (berjalan, berlari, dsb) dgn incang-incut (spt orang yg capik kakinya), tertempang-tempang: dia berjalan ~ selepas tersepak batu itu; kecapikan perihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mempersilangkan | menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyilangkan | menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pembawa | 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tempang | /témpang/ 1 tidak sama panjang (ttg kaki kerusi dsb); pendek sebelah: Kerusi itu ~ kakinya. 2 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; capik: Penulis itu ~. 3 incang-incut (kerana pendek sebelah kakinya): Budak itu berjalan ~. menempang berjalan tempang. menempangkan menjadikan tempang. ~ kaki berpura-pura tempang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| juntai | ; berjuntai bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya ~ ke bawah; berjuntaian berjuntai-juntai: ~ tandan pisang itu; menjuntaikan menghulurkan supaya bergantung: sambil itu dia ~ kakinya ke pelantar dapur; terjuntai tergantung atau terjulur ke bawah; juntaian sesuatu yg berjuntai: di hadapan ~ kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sepembawa kakinya | ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| capik | 1 tempang kakinya atau tidak betul jalannya (kerana cacat kakinya). 2 lumpuh anggotanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rempong | (rémpong) terikat kakinya; merempong, merempongkan mengikat kedua-dua belah kakinya: maka Terung Pipit pun segeralah berlari-lari, dirempongkan kaki Tak Rancang Besi itu; rimpung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| capik | 1. tempang kakinya atau tidak betul jalannya (kerana cacat kakinya). 2. lumpuh anggotanya. | Kamus Pelajar |