| kecerunan | keadaan cerun (curam, terjal), keterjalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kecerunan | keadaan cerun: ~ yg berlebih-lebihan menyebabkan pendaki-pendaki tidak dpt meneruskan pengembaraan mereka. | Kamus Pelajar |
| klinometer | (klinométer) (Fiz) alat yg digunakan dlm kerja ukur utk mengukur kecerunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cerun | 1. curam, terjal; 2. lereng bukit (tebing dll) yg curam: di ~ bukit di Mysore, terdapat kebun kopi yg luas; bercerun mempunyai cerun; kecerunan keadaan cerun (curam, terjal), keterjalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cerun | 1. (ttg tebing) hampir tegak; curam; terjal. 2. lereng bukit (tebing dll) yg curam: Di ~-~ bukit di Cameron Highlands, banyak terdapat kebun teh. bercerun mempunyai cerun: ~ landai mempunyai cerun yg tidak curam. mencerun 1. menjadi hampir tegak. 2. menjadi curam: Selain itu, tapaknya mestilah cukup tersalir dan ~ sedikit. kecerunan keadaan cerun:~ yg berlebih-lebihan menyebabkan pendaki-pendaki tidak dpt meneruskan pengembaraan mereka. | Kamus Pelajar |