| merunsingkan | menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| merunsingkan | menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. | Kamus Pelajar |
| post-mortem | 1. pemeriksaan dan pembedahan mayat utk menentukan sebab-sebab kematian, autopsi; 2. pemeriksaan sesuatu rancangan yg gagal utk mengetahui sebab kegagalannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| runsing | 1 = ~ hati susah hati kerana tidak sampai maksud dll; sebal hati: Hatinya bertambah ~ setelah mendengar berita yg menyedihkan itu. 2 cepat marah. merunsingkan menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. kerunsingan keadaan atau rasa runsing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| runsing | 1 = ~ hati susah hati kerana tidak sampai maksud dll; sebal hati: Hatinya bertambah ~ setelah mendengar berita yg menyedihkan itu. 2 cepat marah. merunsingkan menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. kerunsingan keadaan atau rasa runsing. | Kamus Pelajar |
| bedah siasat | 1. pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, postmortem: mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~; laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; 2. analisis, kajian semula, perbincangan dsb sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, terutamanya utk melihat punca kegagalannya dsb, postmortem: parti itu akan membuat ~ ekoran drpd kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini;pihaknya akan melakukan ~ utk meneliti perkara yg berlaku sepanjang kejohanan itu;membedah siasat melakukan bedah siasat: beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah terbabit; berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat? | Kamus Dewan Edisi Keempat |