| sekretin | (sékrétin) (Bio) hormon yg dikeluar-kan oleh duodenum dan berfungsi utk merang-sang pankreas supaya merembeskan jus pan-kreas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| debentur | (débéntur) surat akuan yg dikeluarkan oleh syarikat, agensi kerajaan dsb sbg tanda penerimaan wang yg dipinjamkan kepadanya pd kadar bunga yg tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| debit | (débit) 1. catatan jumlah wang yg dikeluarkan drpd akaun bank seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat; mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perap II | ; memerap 1. mengurung (menyembunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluarkeluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. membiarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap; terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya; perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak; pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam; pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka memerap: si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2. bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan pd daging, ikan dsb, dan dibiarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembutkan daging, ikan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tonjol | bengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul; bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul): jerawat bertonjol-tonjol di mukanya; menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; menonjolkan 1. menjorokkan, menyorong-kan (ke muka): kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya; 2. menge-luarkan supaya dilihat (nampak), menampak-kan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), menjadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodor-kan: ia seorang yg suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku; tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~; tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan); penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lecut | bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut 1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan 1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutan pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecut alat utk melecut, cambuk, cemeti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tembuni | uri (yg keluar sesudah bayi dilahirkan), sampul tian, kakak anak;~ kecil uri yg bersambung dgn tali pusat (tali uri); selusuh ~ jampi dll utk memudahkan tembuni (uri) keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terbit | 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah matahari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, makalah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasanya jernih; 5. keluar (dr rumah, persembunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluaran (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbitan saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| doktong | Tr keluar rumah tanpa memaklumkan tujuannya: Ali siang malam tiada di rumah, suka benar dia ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dok kering | dok yg airnya boleh dipam keluar utk membolehkan kerja membaik pulih bahagian bawah kapal dijalankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |