| perwatakan | 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kesimpulan | 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| watak | 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merakamkan | 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| umum I | 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rakam | 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat merakam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg menggunakan pita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| konteks | (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yg ada kaitannya atau dapat dihubungkan dgn sesuatu: cadangan YB Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keseluruhan | 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tubuh | 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keseluruhan | hal seluruhnya (semuanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |