| fitokimia | cabang kimia yg berkaitan dgn tumbuhan-tumbuhan, termasuklah komposisi dan proses kimianya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kekakisan | sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| putih telur | a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuman | 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghadamkan | menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kakis | ; mengakis merosakkan (logam, batu dsb) secara tindakan (proses) kimia; terkakis dapat atau telah dikakis; kakisan hal atau keadaan mengakis; kekakisan sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hadam | Ar hancur menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna: makanan berlemak susah ~ dlm perut; penyakit tidak ~ penyakit dlm perut yg disebabkan oleh makanan tidak tercerna; menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya; terhadam sudah dihadam, tercerna; keterhadaman perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dihadamkan, ketercernaan; penghadaman proses menghadamkan, pencernaan: sistem ~; penghadam sesuatu yg menghadamkan (makanan), pencerna (makanan); air ~ makanan bahan kimia dlm tubuh (yg menghadamkan makanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| putih | I 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci; ~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut; ~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh; berputih; ~ mata prb berhiba hati menanggung rindu (spt seorang muda melihat tunangnya diambil orang); memutih 1. menjadi putih, nampak putihputih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap; memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, membuat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); keputih-putihan agak putih, kelihatan putih; pemutihan 1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |