| klik II | 1. bunyi kertik spt apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dlm lubang kunci dsb: bunyi ~; 2. (Komp) perbuatan menekan butang pd peranti tetikus komputer: terokailah alam multimedia dgn hanya sekali ~; berklik berbunyi klik: kameranya ~ apabila dipetik; mengklik menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi tertentu spt yg dikehendaki: ~ butang “OK” sebanyak dua kali; anda perlulah ~ menu “Skill” utk memilih soalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| klik | 1 bunyi kertik spt bunyi apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dlm lubang kunci dsb: Bunyi ~ itu telah membuat dia tersentak. 2 ist perbuatan menekan butang pd peranti tetikus komputer: Terokailah alam multimedia dgn hanya sekali ~. berklik berbunyi klik: Kameranya ~ apabila dipetik. mengklik menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau utk melakukan fungsi tertentu yg dikehendaki: Anda perlu ~ “OK” utk meneruskan pencarian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| klik I | sekumpulan rakan yg bersekutu utk tujuan tertentu: parti dan ~ politik yg menumpukan kegiatan mereka dlm negeri; berklik cenderung mewujudkan kelompok yg tersendiri atau terbatas, suka berpuak-puak: ada juga sesetengah pelajar yg suka ~ mengikut negeri asal masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| klik dua kali(double-click) | Tindakan menekan butang pada peranti tetikus sebanyak dua kali secara berturutan. | Kamus Komputer |
| klik(click) | Tindakan menekan butang pada peranti tetikus. | Kamus Komputer |
| berklik | berbunyi klik: Kameranya ~ apabila dipetik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berklik | berbunyi klik: kameranya ~ apabila dipetik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |