| konteks | (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yg ada kaitannya atau dapat dihubungkan dgn sesuatu: cadangan YB Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anak I | 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sempit | 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), mengecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (mengecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| makna | erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendukung | 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dukung I | ; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet berpegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| undang II | ; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; ~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-undang yg berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ antara-bangsa undang-undang yg mengatur per-hubungan antara negara; ~ awam undang-undang yg berlaku utk seluruh rakyat (tidak berkaitan dgn jenayah); ~ darurat undang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id perlembagaan; ~ hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (spt bkn perbuatan me-rompak, membunuh, dll); ~ kecil undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; ~ pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh peraturan dasar yg mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll; berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara; mengundangkan 1. menjadikan sbg undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang; 2. mengumum-kan undang-undang kpd orang ramai, menye-rantakan undang-undang; memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang: segala hukum yg diper-undangkan oleh Allah ke atas hambanya; undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; perundang-undangan perundangan; pengundang-undang orang yg menggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |