| pelindung | 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duduk | 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanda I | 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mempunyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamat-amati: marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gaya | 1 sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2 cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3 cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4 irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5 kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gaya | 1. sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2. cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3. cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4. irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: ~Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5. kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1. kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2. menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3. ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1. menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2. membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok:Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3. memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. | Kamus Pelajar |
| angin | 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram; ~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan; ~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arahnya; ~ pasang pasang-pasang; ~ pengarak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung; ~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok ber-goyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang; seangin sedikit sahaja, sekelumit; angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat; angin-anginan panas baran, lekas marah; berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll); berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda; mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi; mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi; menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya; terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya); terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus); peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanda | 1 = ~ baca lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; 2 sesuatu yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu; alamat: Burung berkicau ~ hari akan siang. 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. ~ aras ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. ~ bahagi tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. ~ campur tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). ~ darab (kali) tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. ~ koma tanda (,) utk menunjukkan tempat berhenti sebentar dlm bacaan, utk memisahkan butiran dlm senarai dll. ~ kurung tanda ( ) utk menunjukkan unsur pilihan bagi pembaca, utk menunjukkan keterangan atau penjelasan ttg sesuatu, dsb. ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat, pd kulit seseorang sejak lahir. ~ mata hadiah utk kenang-kenangan. ~ panah tanda (®) yg menunjukkan hala, arah dll. ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat seseorang dlm pasukan tentera dll. ~ seru (seruan) tanda (!) utk tujuan melahirkan rasa sakit, hairan, marah dsb. ~ tanya a. = ~ soal tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. b. hal yg belum terang atau belum jelas lagi. ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan yg terdapat dlm contoh penggunaan, gabungan kata dll. bertanda ada tandanya; memakai tanda: Kicap buatannya ~ kuda terbang. menandai 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. menandakan 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. penandaan perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. petanda tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. penanda sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hukum | 1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~ Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undang-undang sbg orang; ilmu ~ pengetahuan atau falsafah mengenai undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain; 3. = hukuman keputusan (pertimbangan) yg dibuat oleh hakim (dlm mahkamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan; kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja Rawana; ~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~ alam aturan yg tentu bkn kejadian alam; ~ Allah takdir Allah (ketentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas; ~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~ dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkara-perkara spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gantung hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn kehidupan yg berdasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim (Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga (Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~ kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik, berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat; ~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~ sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan bkn susunan kerja dll kenegaraan; berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukumnya; 2. = ~ (kpd) berhakim (kpd); menghukum 1. memberi keputusan (ketetapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undangnya); 3. menetapkan hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat, dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~ empat puluh menteri lain; terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa spt ~ kerana terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi; hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melanggar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mahkamah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; ~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh (menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan bergerak (orang yg dihukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman kerja paksa (membuat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan (tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara hukuman kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat orang yg bersalah dgn rotan; kehukuman hal ehwal yg menurut hukum; penghukum 1. orang, badan dsb yg menjatuhkan (membuat atau menjalankan) hukuman: rakyat mengakui kuasa raja sbg pengadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pendakwah, bukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lindung I | ; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, menyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melindungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: perbuatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamatkan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |