Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menahankan1. menjadikan tahan; 2. meng­gunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya bela­kang­nya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangis­nya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja;Kamus Dewan Edisi Keempat
lontar I; ~ lembing (cakera dll) (Suk) per­tandingan melemparkan lembing (cakera dll); berlontaran berlempar-lemparan; melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dgn banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokok­nya ke tanah; lontaran hasil perbuatan melontar: ~ panah; pelontaran perihal (perbuatan dsb) melontar; pelontar 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~ lembing; sepelontar, sepelontaran sejauh yg dapat dilontarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lontar I; ~ lembing (cakera dsb) pertandingan melemparkan lembing (cakera dsb) dlm olahraga. melontar 1 membuang jauh-jauh atau tinggi-tinggi; melempar; membaling. ~ jamrah salah satu drpd wajib haji yg dilakukan dgn melemparkan anak-anak batu di tempat-tempat tertentu di Mina. 2 melemparkan sesuatu pd; melempar: Dia ~ pencuri itu dgn kayu. melontari melontar berkali-kali; melempari. melontarkan menggunakan sesuatu utk dilemparkan; melemparkan; membalingkan. lontaran lemparan ketika melontar: ~nya mengenai sasaran. pelontar 1 alat dll utk melontar. 2 orang yg melontar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jawat; berjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jawatjabat, pegang; sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun; berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan ber­jabat tangan, bersalaman; menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, me­nerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu ke­dudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; me­letakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); sejawatan sama jawatan: rakan ~; berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhid­matan Awam; penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawat-an; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana.Kamus Dewan Edisi Keempat
jawatberjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1. memegang:~ tangan; ~ lembing. 2. menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat:Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (spt pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana. jawatankuasa beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia.Kamus Pelajar
lempar(lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; mem­buang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung ke­lihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melanting­kan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. menge­luarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadap­kan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepada­nya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kilat I1. cahaya yg memancar di langit (biasa­nya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepan­tasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluar­kan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadi­kan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir.Kamus Dewan Edisi Keempat
cabang I1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tajam I1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas