| lengan bawah | anggota antara siku dgn pergelangan tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ulna | ist tulang paling besar pd lengan bawah manusia atau pd anggota vertebrat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| siku I | 1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor; ~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat; siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°,dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°); 3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~ gading-gading; bersiku ada sikunya; menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku; menyikukan menyinggung (dgn siku); penyiku pukulan dgn siku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| siku | 1 sendi tempat lengan atas berhubung dgn lengan bawah. | Kamus Pelajar |
| lengan hasta | Id ruas siku, lengan bawah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ulna | (Bio) tulang terbesar pd lengan bawah manusia (yg terletak pd sisi lengan yg ber-tentangan dgn ibu jari) atau pd anggota vertebrat yg sepadan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| siku | 1 sendi tempat lengan atas berhubung dgn lengan bawah. 2 = ~ bedil, siku-siku, sesiku pangkal senapang. ~ bersimpai ki orang yg malas bekerja. ~ jalan (sungai) selekoh pd jalan (sungai). ~ keluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam. siku-siku, sesiku 1 sudut tepat; sudut 90o. 2 alat berbentuk ‘T’ atau ‘L’ utk melukis atau utk mengukur sudut tepat. 3 alat berbentuk tiga segi (dan bersudut 90o, 60o dan 30o atau bersudut 90o, 45o dan 45o). menyiku menghentak dgn siku; menyigung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hasta | panjang dr hujung siku sampai ke hujung jari hantu (depa atau 45.72 sentimeter): keris itu se~ panjangnya; lengan ~ Id ruas siku, lengan bawah; tulang ~ tulang ruas siku; diberi sejengkal hendak se~, diberi se~ hendak sedepa prb diberi sedikit hendak banyak; mencari yg se~ sejengkal prb menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat; yg se~ takkan jadi sedepa prb sesuatu yg tidak dapat diubah; menghasta mengukur (menyukat) dgn hasta; spt ~ kain sarung prb pekerjaan yg sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lengan | 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menyerupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lengan raglan | lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; | Kamus Dewan Edisi Keempat |