| tatatanda matriks(matrix notation) | Sistem tatatanda untuk menyatakan matriks dalam bentuk singkat yang diperkenalkan oleh Arthur Cayley, ahli matematik Inggeris, pada tahun 1858. | Kamus Komputer |
| pencetak matriks(matrix printer) | Pencetak hentaman yang menggunakan matriks bintik untuk membentuk rupa huruf aksara pada kertas cetakan. | Kamus Komputer |
| matriks pengekodan(coding matrix) | Matriks yang mengandungi persilangan antara objek dengan kod yang perlu digunakan. | Kamus Komputer |
| matriks jalur(band matrix) | Matriks yang mempunyai komponen tak sifarnya sebaris dalam jalur pada garis pepenjuru matriks tersebut. | Kamus Komputer |
| matriks bintik(dot matrix) | Matriks yang mengandungi corak bintik rupa bentuk aksara. Matriks ini digunakan untuk memaparkan atau mencetak aksara berdasarkan sama ada sel dalam matriks ada bintik atau tidak. | Kamus Komputer |
| pencetak matriks bintik(dot matrix printer) | Pencetak yang membentuk setiap aksara cetakan berdasarkan matriks yang mengandungi corak bintik aksara. | Kamus Komputer |
| aksara matriks bintik(dot matrix character) | Aksara yang dibina daripada bintik-bintik yang tersusun di dalam sebuah matriks. | Kamus Komputer |