| melebihkan | 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| melebihkan | 1. menjadikan lebih, membanyakkan: pengetahuan itu boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~ agama drpd adat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melebihkan | 1. menjadikan lebih; membanyakkan:Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2. menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. | Kamus Pelajar |
| mengataskan | melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dangdut | irama muzik yg melebihkan bunyi gendang: ~ masih mempunyai peminat pd masa kini. berdangdut menari dangdut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pilih kasih | berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pilih | ; ~ kasih berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. memilih 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. memilihkan memilih barang (jodoh dll) utk orang lain: Ibulah yg ~ saya baju ini. pilihan yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. pemilihan perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. pemilih 1 orang yg memilih. 2 terlalu atau sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| membeza-bezakan | menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pilih; ~ kasih | berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. memilih 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. memilihkan memilih barang (jodoh dll) utk orang lain: Ibulah yg ~ saya baju ini. pilihan yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. pemilihan perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. pemilih 1 orang yg memilih. 2 terlalu sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini. | Kamus Pelajar |
| membeza-bezakan | menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. | Kamus Pelajar |