| melucu | melakukan sesuatu supaya orang tertawa; berkelakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| melucu | membuat sesuatu yg menyebabkan orang ketawa, berjenaka, berkelakar: ia cuba ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lucu | membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka: mereka tertawa mendengar cerita yg ~ itu; kejadian itu sangat ~; melucu, berlucu membuat sesuatu yg menyebabkan orang ketawa, berjenaka, berkelakar: ia cuba ~; kelucuan sesuatu yg menggelikan hati, kejenakaan, kelakar, lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa tersenyum; pelucu orang yg sifatnya suka melucu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelucu | orang yg sifatnya suka melucu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lucu | menggelikan hati; menyebabkan orang tertawa: Cerita yg ~ itu menyebabkan murid-murid tertawa terbahak-bahak. melucu melakukan sesuatu supaya orang tertawa; berkelakar. kelucuan 1 sesuatu yg menggelikan hati; lelucon; lawak. 2 keadaan atau hal lucu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |