| dalam I | 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keluar | 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |