| membentang | luas dan rata, terbuka lapang: Sawah padi tampak ~ dr bukit ke bukit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| membentang | tampak luas dan rata, menghampar: sesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membentang | luas dan rata, terbuka lapang: Sawah padi tampak ~ dr bukit ke bukit. | Kamus Pelajar |
| memampangkan | membentangkan, memaparkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membabar | membentang, mengembang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bentang I | ; membentang luas dan rata, terbuka lapang: Sawah padi tampak ~ dr bukit ke bukit. membentangi 1 menutup dgn sesuatu yg dihamparkan; menghampari: Mereka telah ~ lantai masjid itu dgn permaidani hijau. 2 terletak dgn luas di; menghampari: Sawah yg luas ~ kawasan lembah itu. membentangkan 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. terbentang kelihatan terbuka luas-luas; terhampar: Dr situ, mereka nampak tanah lapang putih berkilau-kilauan ~ ke arah kutub utara. pembentangan perbuatan atau hal membentangkan. pembentang orang yg membentangkan: ~ kertas kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| merentang | 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mementang | 1. membentang, merentang: ~ dada; ~ sayap; 2. menarik: ~ busar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bentang I | ; membentang tampak luas dan rata, menghampar: sesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka; membentangi menghamparkan sesuatu di: jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap, pd tempatnya duduk itu dibentangi permaidani; membentangkan 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; terbentang terbuka luas, terhampar: sawah padi yg ~ luas; pembentangan 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan;pembentang orang yg membentangkan sesuatu: ~ kertas kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| babar | ; membabar membentang, mengembang;membabarkan 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;terbabar 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;pembabaran 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |