| menyemaikan | 2 ki menanam semangat (sifat yg baik dll) supaya berkembang; menyebarkan: Jepun telah ~ semangat kebangsaan di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar |
| semai, = semaian | 2 ki menanam semangat (sifat yg baik dll) supaya berkembang; menyebarkan: Jepun telah ~ semangat kebangsaan di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar |
| menyemaikan | 1 menabur atau menanam (benih) supaya tumbuh: Dia telah ~ biji-biji kacang itu di atas batas. 2 ki menanam semangat (sifat yg baik dll) supaya berkembang; menyebarkan: Jepun telah ~ semangat kebangsaan di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| semai | , = semaian benih tumbuh-tumbuhan yg telah bercambah yg akan ditanam di tempat lain: ~ padi; ~ durian. menyemai menanam benih di tempat tertentu supaya bercambah: Datukku jugalah yg ~, mengubah dan menuai. menyemaikan 1 menabur atau menanam (benih) supaya tumbuh: Dia telah ~ biji-biji kacang itu di atas batas. 2 ki menanam semangat (sifat yg baik dll) supaya berkembang; menyebarkan: Jepun telah ~ semangat kebangsaan di Asia Tenggara. persemaian tempat menyemai. penyemaian perbuatan (hal) menyemai atau menyemaikan. penyemai 1 orang yg menyemai atau menyemaikan: Orang tua pula sbg ~ rasa akrab antara keluarga berlainan bangsa. 2 alat yg digunakan utk menyemai: Biji benih boleh ditabur ke sawah dgn tangan atau dgn menggunakan jentera penanam atau ~ padi. 3 sesuatu (kata dsb) utk menyemaikan rasa, semangat dsb: Insya-Allah akan kutitipkan sekalung kata ~ kasih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tanam | cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumikan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu perusahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk mendirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa ditanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanaman utk mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelembapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman; petanaman tempat menanam tumbuh-tumbuhan; penanaman perihal menanam (menanamkan): petani-petani dlm mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanamkan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalankan perniagaan dll, pemodal, pelabur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menanam | 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seseorang. | Kamus Pelajar |
| menanam | 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tanam | ; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, berkebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyemaikan | 1. menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (dan akan dialih ke tempat lain): semaikan beberapa biji kacang buncis dlm sebuah pasu tanah; 2. ki memupukkan, menyebarkan: ~ semangat kebangsaan pd tiap-tiap warganegara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| semai I | benih tumbuhan (yg telah bercambah) yg akan ditanam di tempat lain: aku mencabut ~ dan ayah membajak di sawah; menyemai menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (yg akan dipindahkan ke tempat lain): dialah yg ~, membuang rumput, dan menuai; menyemaikan 1. menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (dan akan dialih ke tempat lain): semaikan beberapa biji kacang buncis dlm sebuah pasu tanah; 2. ki memupukkan, menyebarkan: ~ semangat kebangsaan pd tiap-tiap warganegara; tersemai 1. telah disemai(kan); 2. ki telah merebak atau tersebar (sesuatu ideologi dll); semaian 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian, pesemaian tempat menyemai(kan): tapak ~; penyemaian perbuatan dsb menyemai(kan): ~ tisu; perkembangan moral yg berupa ~ nilai-nilai akhlak yg diperlukan; penyemai 1. orang yg menyemai (benih dsb) atau menyemaikan (rasa, semangat dsb): orang tua sbg ~ rasa akrab antara keluarga ber-lainan bangsa; 2. alat utk menyemai: mesin ~ padi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |