Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : meninggikan 1

Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menaikkan1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggi1 jauh jaraknya dr bawah ke atas; lw rendah: Hotel itu sangat ~. dataran ~ dataran yg permukaannya jauh dr permukaan laut. 2 panjang (ttg bangun tubuh); lw rendah: Suaminya lebih ~ drpdnya. 3 peringkat atas (ttg pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll): jawatan ~; Mutunya ~. 4 mulia: ~ cita-citanya. 5 mahal (ttg barang); besar (ttg perbelanjaan): Harga beras sangat ~ sekarang. 6 berada pd peringkat yg atas; sudah maju: Pengetahuannya ~. ~ hari hampir tengah hari. ~ hati sombong. ~ usia sudah tua; sudah lan­jut umurnya. meninggi 1 menjadi tinggi; naik tinggi. 2 menjadi kuat dan nyaring (ttg suara). 3 sombong: Cakapnya ~ saja. ~ hari menjadi ham­pir tengah hari. meninggikan 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. mem­pertinggi menjadikan lebih tinggi: Ia belajar bersungguh-sungguh utk ~ ilmu pengetahuannya. ketinggian 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. peninggian perbuatan atau hal meninggikan; peningkatan (mutu dsb); penambahan (pendapatan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
angkat1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minum­an; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberang­katkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (ber­tolak), berangkatnya: dia pergi tanpa mem­beritahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat ber­ulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkat­an pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutu IV1. ukuran kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat); emas sepuluh ~ emas murni; 2.taraf (kebaikan, kecerdasan, kepandaian, dll),kualiti, nilaian (utk sesuatu): di samping projek meninggikan ekonomi negara, harusada rancangan utk meninggikan ~ warga-negara; bermutu tinggi mutunya, bernilai tinggi: akankucipta sebuah lukisan yg benar-benar ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
meninggikan1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meninggikan1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara);Kamus Dewan Edisi Keempat
merenjong1. mengangkat, meninggikan; 2. renjong: tinggi ~; ~ lidah berkata.Kamus Dewan Edisi Keempat
renjong(rénjong) ark tinggi: seorang yg ~; tinggi ~ tinggi; merenjong 1. mengangkat, meninggikan; 2. renjong: tinggi ~; ~ lidah berkata.Kamus Dewan Edisi Keempat
haba tentu(Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C;Kamus Dewan Edisi Keempat
menaikkan1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.Kamus Pelajar
1234567

Kembali ke atas