Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
klasifikasi1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan: kumpulan-kumpulan yg telah disenaraikan merupakan antara ~ terbesar; mengklasifikasikan menyusun mengikut kelas: kita belum lagi puas dgn hasil-hasil yg telah cuba saya klasifikasikan dlm sastera keagamaan; kita telah pun memperkatakan kegagalan ~ cerita mengikut tema-tema; pengklasifikasian perihal atau perbuatan mengklasifikasikan: ~ cerita pari-pariKamus Dewan Edisi Keempat
rencana1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. ca­tat­­an mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: per­kara ini termasuk dlm ~ yg akan kita run­dingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu se­karang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg di­bacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru baca­kan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antara­bangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyang­ku sampai ke masa aku; tidak dapat ku­rencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, di­terima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan peng­­gempuran direncanakan, pasukan Ame­­rika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, pe­ran­cangan: pelajaran yg menjadi ke­gemar­anku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, hu­rai­­an, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakam1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, men­corak­kan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, me­nyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun ber­getar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg meng­gunakan pita.Kamus Dewan Edisi Keempat
riwayatAr 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuda I1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikut1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak.Kamus Dewan Edisi Keempat
semalam1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat isti­adat negeri yg kita tumpangi;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyuruh1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin;Kamus Dewan Edisi Keempat
rencana1 karangan lengkap yg disiarkan dlm surat khabar atau majalah; makalah: Ia selalu menulis ~ utk majalah Dewan Bahasa. 2 rangka bkn sesuatu yg akan dilakukan; jadual; rancangan: Kami selamat sampai di puncak bukit itu menurut ~ yg sudah diatur. 3 apa-apa yg dibaca atau yg diucapkan supaya ditulis oleh orang lain: Sesudah membaca, mereka membuat ~ pula. berencana ada rencananya; dgn rencana; berancang. merencanakan 1 menulis rencana atau cerita; menulis makalah: Abdullah telah ~ hal-hal kebodohan orang Melayu dlm bukunya. 2 menyusun atau membuat sesuatu rancangan; menjadualkan; merancang: Ia meminta saya ~ satu projek perumahan. 3 mengucapkan sesuatu supaya ditulis oleh orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
burung I1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas: ~ berkik; ~ dara; ~ gereja; ~ hantu; 2. ki kemaluan laki-laki (biasanya dipakai utk kanak-kanak); ~ bedil Kl pelatuk (alat penjentik peluru); ~ beo Id a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang; ~ pemangsa burung yg makan binatang lain; (bagai) ~ serindit dikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau; ~ timang Kl anak kesayangan; ~ gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi; ~ terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya; ~ yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya; dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain; harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; ibarat ~, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan; ibarat ~, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya); kuat ~ kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri; laksana ~ diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas; membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu; satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki; umpama ~, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;burung-burungan burung buatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas