| bahan api fosil | bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minyak gas (tanah) | minyak yg mudah terbakar dan digunakan utk lampu dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cari gali | kegiatan atau usaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dsb) dgn menggerudi jauh ke dlm tanah atau dasar laut: katanya, nisbah penemuan dlm satu-satu usaha ~ di Malaysia adalah satu penemuan dlm enam usaha ~; borang ini mengandungi butir-butir keluaran dan ~ yg lalu; mencari gali berusaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dsb) dgn menggerudi tempat tertentu di daratan atau di dasar laut: bagi Malaysia, kepentingan strategi ketenteraan dititikberatkan lebih drpd kepentingan ~ minyak; pencari gali orang yg kerjanya mencari gali (minyak, emas dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| enjin | (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanik; ~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api; ~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~ pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tangki | tempat menyimpan sesuatu bendalir, spt minyak: ~ air; ~ minyak; ~ gas. ~ septik tangki (biasanya di bawah tanah) tempat najis, air kumbahan dsb bertakung dan dibiarkan terurai oleh tindakan bakteria. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gas | 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya; ~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekulmolekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minyak | cairan yg diperoleh drpd lemak binatang, tumbuh-tumbuhan, lombong dll dan tidak akan bercampur dgn air; lemak yg cair. ~ angin minyak utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut dll. ~ babi cairan lemak babi. ~ benzin minyak utk menjalankan jentera. ~ cenduai minyak guna-guna utk memikat hati orang. ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel. ~ galian minyak yg diperoleh dr bumi. ~ gas (tanah) minyak yg mudah terbakar dan digunakan utk lampu dll. ~ goreng minyak yg digunakan utk menggoreng. ~ hitam a. minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin. b. = ~ tar minyak yg diperoleh drpd arang batu dan digunakan utk membuat jalan. ~ ikan minyak drpd lemak ikan. ~ jarak (kelapa, zaitun) minyak yg didapat drpd buah jarak (kelapa, zaitun). ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum, yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm bidang perubatan. ~ parafin minyak tanah. ~ pati minyak yg dikeluarkan (diperah dsb) dr tumbuhan, yg mempunyai bau atau perisa tumbuhan tsb, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb. ~ pelicin (pelincir) minyak utk melicinkan perjalanan mesin, jentera dll. ~ petrol minyak utk menjalankan enjin. ~ rambut minyak utk melicinkan rambut. ~ sapi minyak yg dibuat drpd susu lembu. ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat marjerin dsb. berminyak 1 ada minyak pdnya; mengeluarkan minyak; berlemak: Ikan terubuk yg dipanggang itu ~. 2 memakai minyak: Rambutnya sentiasa ~. meminyaki menyapu atau melumuri dgn minyak; memberi berminyak: Minyak itu dicampurkan dgn petrol utk ~ bahagian enjin yg bergerak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| paip | 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2. = ~ air cerat pancuran air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~ dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok, pipa; memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia ~ aising di keliling kek itu; perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minyak I | cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak berwarna perang dan mudah terbakar yg diekstrak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau menggoreng makanan; ~ mentah minyak yg dilombong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tumbuhan spt bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuhtumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~ Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |