| misalan | sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| misalan kata | andai kata, seandainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| misalan | umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh; ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| misal | = misalan sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. misalnya contohnya; umpamanya. memisalkan menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengumpamakan; mengibaratkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| misal | = misalan umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh; ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya; semisal seperti, sebagai, seumpama; memisalkan mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan sifat tabiatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| misal | misalan sesuatu yg dijadikan perbandingan; umpama; contoh: Itu hanya ~ saja, bukan sungguh-sungguh. ~ kata andai kata; seandainya. misalnya contohnya; umpamanya. memisalkan menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengumpamakan; mengibaratkan. | Kamus Pelajar |
| andaian | contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tamsil | 1. persamaan sbg umpama (misal), misalan, contoh: satu ~ lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); mentamsilkan menggambarkan sesuatu (sbg contoh), mengibaratkan, mengumpamakan; tamsilan contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meleret-leretkan | menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret: sengaja saya ~ misalan ‘panca’ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| andai | ; seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. andaian contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. berandaian mempunyai atau membuat andaian: Dia ~ bahawa segala-galanya berjalan lancar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |