| berseorang | 1. dgn cara seorang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berseorangan | , berseorang 1. dgn cara seorang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perorangan | perihal orang seorang: sajak ini menyiarkan teknik ~ bagi menghidupkan perasaan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdua | bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pembunuh bersiri | orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| oknum | Id orang seorang, peribadi, perseorangan: baik berupa kumpulan mahupun berupa ~, yg salah harus dihukum; keoknuman keperibadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| individu | orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| individu | orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. | Kamus Pelajar |
| diri I | 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sandi | (Lin) ubah suaian bunyi pd bentuk-bentuk tatabahasa yg digandingkan, boleh berupa elipsis, pemendekan, dll (mis hala + laju = halaju, se + orang = seorang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |