Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabiat 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari.Kamus Pelajar
sembelih; menyembelih memotong leher (binatang dll hingga putus merihnya), meng-gorok, membantai: pd pagi-pagi esoknya Pak Pandir pun merapus kerbau lalu disembelih-nya; ~ ayam dgn pisau, ~ orang dgn kapas prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; sembelihan sesuatu yg disembelih (utk disem-belih): kerbau ~; penyembelihan 1. perbuatan menyem­belih, pemotongan: dua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya; 2. daging upah menyembelih; tidak usak kerbau oleh ~ prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma; penyembelih 1. orang yg kerjanya menyem-belih; 2. alat (spt pisau dll) utk menyembelih.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabiat1 sifat batin seseorang yg mem­pengaruhi fikiran atau perbuat­annya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sibukbanyak yg dikerjakan; asyik me­ngerjakan sesuatu; sentiasa membuat kerja (sehingga tidak ada waktu terluang): Sehari sebelum raya, kaum ibu ~ memasak. bersibuk sedang sibuk melakukan sesuatu: Pagi-pagi lagi mereka ~ membuka kedai. menyibukkan 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. kesibukan keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bangun I1. bangkit (drpd duduk, tidur, dll): sekali jatuh, sekali ia ~; jatuh ~ ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dsb); 2. jaga (drpd tidur), bangkit: pagi-pagi aku ~; 3. jaga (tidak tidur): ketika awak pulang saya masih ~; 4. siuman (drpd pengsan): setelah pengsan, ia tidak ~ lagi; 5. sedar, insaf (akan kedudukannya): pd masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~; 6. bangkit, muai (adunan): tepung ini tidak mahu ~; 7. menjadi cair (minyak yg beku): panaskan minyak ini supaya ~;membangun 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~;membanguni 1. sl bangun drpd tidur utk melakukan sesuatu tindakan; 2. Jk membangunkan (dr tidur);membangunkan 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari;terbangun terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;bangunan sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;pembangunan 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem;pembangun orang yg membangunkan, pembina.Kamus Dewan Edisi Keempat
kayuh I; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bukajarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka, = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pd siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu atau hendak melakukan sesuatu. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan. ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. bukaan ist 1 bahagian terbuka pd sesuatu jasad berbentuk tetap yg membenarkan cahaya, air dll melaluinya. 2 bahagian kanta pd kamera, teleskop dsb yg membenarkan cahaya melaluinya. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berselamatmengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bukajarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pada siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1. menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2. menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3. menjadikan tidak bersimpul lagi. ~ tali. 4. menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup:~ payung; ~ lipatan. 5. memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6. menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan: ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1. tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2. tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1. orang yg membuka: ~ jalan. 2. alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera.Kamus Pelajar
hujan1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas