| muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| prima facie | (primafasi) (Latin) (Udg) pd zahirnya, pd pandangan kasar (sebelum diselidik dgn lebih terperinci): keterangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pandangan | 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pandangan | 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. | Kamus Pelajar |
| sikap | 1 = ~ tubuh bentuk atau tokoh tubuh: ~nya tegap. 2 cara atau gaya seseorang bergerak dll: Dia tersenyum melihat ~ anaknya menangkis pukulan itu. 3 perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana ~ mereka terhadap Ketua Pengarah ini? bersikap mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| segi | 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pemandangan | 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tilikan | 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah berlaku; 3. = penilikan pimpinan, pengendalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pandangan | 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi perhatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat terhadap politik, falsafah politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lempar | (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; membuang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung kelihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melantingkan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. mengeluarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepadanya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |