Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedang nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tara I1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) me­nyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertan­dingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
bidang I1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarung I1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyentak1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi;Kamus Dewan Edisi Keempat
sentak(séntak); menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap.Kamus Dewan Edisi Keempat
telanjang= bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia mem­buka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apa­bila ia menoleh kpd tubuhnya barulah di­ketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), ter­cabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang ber­telanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (per­hiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; ~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi; menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakai­an dll) yg dipakai: ditelanjanginya anak­nya itu; 2. merampas segala pakaian (per­hias­an dll) yg dipakai: ~ penumpang-penum­pang dr barang-barang mereka; 3. ki mem­bukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedah­kan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung KambingKamus Dewan Edisi Keempat
sawat1 tali dll yg diselendangkan atau yg dibelitkan: ~ sandang tali tem­pat menggantungkan pedang atau keris. 2 kep pesawat (digunakan dlm gabungan kata): tenaga ~ tenaga yg dihasilkan oleh jentera (mesin dsb). pesawat 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. ~ asap (wap) jentera yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ radio alat utk menerima siaran radio. ~ telefon alat utk berhubung dgn seseorang melalui telefon. ~ terbang (udara) kapal terbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bentuk1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
bilah1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas