| pelipatan lutut | lekuk di belakang lutut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pelipatan | bahagian yg di belakang lutut; garisan pd kain, kertas dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pelipatan lutut | lekuk di belakang lutut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelipatan kulit | alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelipatan | bahagian yg di belakang lutut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelipatan | sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelipat | 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelipat | 1 = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; garisan pd kain, kertas dll. 2 bekas kena lipat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lipatan | 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ketak II | 1. kerut atau pelipatan pd kulit; 2. bahagian serangga dll (spt lipan dll) yg bersekat atau bergelang-gelang rupanya: badan serangga itu mempunyai ~-~; berketak 1. berpelipatan (bkn kulit pd leher dll), berkedut-kedut; 2. berombak-ombak (bkn rambut), beralun-alun: Mamat bersiul-siul sambil menyikat rambutnya yg ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |