| orang gaji | pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gaji | upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| babu | perempuan yg bekerja di rumah-rumah orang; orang gaji; amah; pembantu rumah. | Kamus Pelajar |
| amah | perempuan yg bekerja sbg pembantu rumah, orang gaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| orang pesuruh | orang yg disuruh-suruh, pembantu rumah, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| budak pesuruh | orang yg disuruh-suruh, pembantu rumah, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| babu | Jw perempuan yg bekerja sbg pembantu rumah, orang gaji, amah; ~ cuci babu yg kerjanya mencuci pakaian dll; ~ dalam = ~ jongos babu yg mengurus bilik; ~ tetek babu yg menyusui anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| budak | 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pesuruh | orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruhsuruh, pembantu rumah, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| agensi | (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |