| maksimum | jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyak-lah barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat; memaksimumkan menjadikan sebanyakbanyaknya (setinggi-tingginya): ~ penge-luaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi; pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan sesuatu: matlamat penge-luaran eksport akan digerakkan dgn meng-ambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penguli | 1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beransur-ansur | 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beransur | , beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghasilan | 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ansur | ; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| faham | 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nafas | 1. udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); menghembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd perkembangan dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bagai | 1. jenis, macam: beberapa ~ ukiran yg dibuatnya; 2. banding, sama, persamaan: kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; 3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dgn sesuatu, seperti, semacam, umpama: ~ kera mendapat bunga; hatinya ~ dihiris-hiris;sebagai 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;persebagaian Kl perumpamaan; berbagai berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu;berbagai-bagai, bagai-bagai bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya;membagaikan Mn = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu;mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian;kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daya I | 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |