Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kejitidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina: perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nista1 kata-kata yg bertujuan menghina dsb; cercaan; makian: Segala macam ~ dan umpat dihamburkan kpd pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yg keji. 3 rasa malu; aib. menista memberi malu; mengaibkan; mencela: Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun jangan dinista dgn kata-kata yg keji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hina1 tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2 tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. ~ mahkamah a. tidak patuh pd keputusan atau proses mahkamah. b. melakukan perbuatan biadab terhadap mahkamah. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hina1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejitidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina:perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan.Kamus Pelajar
hina1. tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2. tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina.Kamus Pelajar
leta Ihina atau keji (orang, perbuatan), cacat, cela: apalah guna hamba yg ~; memberi ~ memberi malu (kpd orang), menghinakan; meletakan memberi leta, memalukan, mengeji­kan, menghinakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
skandalperkara atau perbuatan keji (malu, aib, hina, dsb yg biasanya menimbulkan ke­marahan orang ramai): ~ itu melibatkan be­berapa orang ternama.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkutuk(yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejisangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (meman­dang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburuk­an, kehinaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas