| perenggan | 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, membataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ramah | 1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka menyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pergaulan | perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| percampuran | 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hambar | 1. tidak ada rasa, tidak berasa masin sedikit pun, tawar; 2. dingin, acuh tak acuh, tidak bersemangat: suaranya ~; terhadap suaminya ia mengambil sikap yg ~ sahaja; menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; kehambaran rasa hambar, rasa tawar: pd mulanya memang ada sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sosial | 1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: kedudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat; 2. berkaitan dgn persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan bermesra: gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasyarakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ keramaian; ~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi; bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menyesuaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm pergaulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangkat II | 1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari, dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mendapat ~ pertama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pertemuan | 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkumpul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkahwinan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangkat II | 1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dia mendapat ~ pertama. berpangkat 1mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). sepangkat 1 sama pangkat (taraf, darjat dsb). 2 sama umur; sebaya: Dia ~ dgn anak saya yg kedua. | Kamus Pelajar |
| adab | 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |