| kerakusan | 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rakus | 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berhad | berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| had | 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mata I | 1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hidangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratusratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubanglubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk mendapatkan sara hidup; ~ perdagangan barangbarang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusahan; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk mengawasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diamdiam (gerak-geri seseorang dll), mengamat amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peribadi | 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| peribadi | 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. | Kamus Pelajar |
| beza | /béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| beza | /béza/ 1. sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2. ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb:Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1. tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2. tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1. menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2. memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. pembeza 1. orang yg membezakan. 2. alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar |
| tubuh | 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |