| perwara | sl gadis yg mengiringi raja (permaisuri): maka Puteri Nila Pancadi itu pun naiklah ke kapal dgn lima ratus orang ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hampar | ; menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatannya. menghamparkan 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permaidani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |