Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pingat (kata nama)
Bersinonim dengan bintang, medal, anugerah, kurniaan, darjah.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tersemat1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya. 2 ki terlekat dlm ingatan dll; teringat; terasa: Tiada sesiapa yg tahu akan apa yg ~ di hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semat1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya.Kamus Pelajar
tersemat1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya.Kamus Pelajar
sematbenda (spt jarum peniti dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan. menyemat melekatkan (mencantumkan dsb) se­suatu dgn semat: Ibu sedang ~ atap. Dia ~ bajunya dgn kerongsang emas. me­nyematkan 1 melekatkan sesuatu sbg semat (spt pingat) pd: Baginda sendiri telah ~ pingat itu ke dadanya. 2 menggunakan (menjadikan) se­sua­tu sbg semat: Mereka ~ lidi utk mengukuhkan bungkusan itu. tersemat 1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya. 2 ki terlekat dlm ingatan dll; teringat; terasa: Tiada sesiapa yg tahu akan apa yg ~ di hatinya. penyemat benda-benda yg digunakan utk me­nyemat: jarum ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kehormatan1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial;Kamus Dewan Edisi Keempat
bintang I1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan).Kamus Dewan Edisi Keempat
hormat1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ per­buatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihor­mati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-meng­hor­mati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pem­besar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg di­buat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas