Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
politik wangkegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
politik wangkegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
salah lakukelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti;Kamus Dewan Edisi Keempat
politik1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).Kamus Dewan Edisi Keempat
politik1, = ilmu ~ ilmu ttg cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah: Sewaktu masih bersekolah lagi, dia gemar sekali membaca buku-buku ~. 2 segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain: parti ~. 3 kegiatan yg bertujuan utk menaikkan status seseorang atau utk menambah kuasa seseorang dlm sesuatu organisasi dsb berbanding dgn yg berdasarkan prinsip yg benar. ~ wang kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. berpolitik mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salah I1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan ber­tentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun me­mejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
pandangan1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik;Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk ke dlm kocekditerima secara tidak sah oleh sesuatu pihak: sebahagian drpd wang bantuan masuk ke dlm ~ ahli politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kumpulan1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
krisiskeadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, kete­gangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas