| puisi | karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, menulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| naratif | 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisahkan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| masnawi | 1. sj sajak Parsi; 2. sesuatu bentuk puisi Melayu yg berasal drpd puisi Parsi (biasanya utk tujuan memuji-muji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepuisian | berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sajak | 1 bunyi yg sama pd suku kata dlm pantun dll terutamanya pd suku kata yg terakhir: Pantun ini tidak kena ~nya. 2 puisi moden yg biasanya tidak mempunyai bentuk-bentuk tertentu. 3 kelihatan bergaya atau tampan; padan; cocok: ~ benar Basrun apabila memakai pakaian tentera. bersajak 1 sesuai atau sama bunyi suku katanya: Kata berlayar, ~ dgn kata bayar. 2 dlm bentuk sajak: cerita ~. menyajak 1 mengarang sajak: Dia telah mula ~ sejak awal tahun lima puluhan lagi. 2 menghias diri supaya kelihatan sajak: Norman memang pandai ~ badan. penyajak 1 orang yg mengarang sajak. 2 orang yg suka atau pandai menghias diri supaya kelihatan sajak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tulisan | 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pengucapan | perihal mengucap (mengucapkan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sajak I | 1. persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll): ~nya janggal, banyak yg tidak kena; 2. = sanjak ark puisi moden (ber-beza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb); ~ kabur sajak yg tidak jelas maksud atau maknanya; 3. ark irama (lagu): ~ tarinya; bersajak 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. mengungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; menyajak mengarang (menggubah) sajak: pengalaman ~; menyajakkan 1. menjadikan bersajak (karang-an), menyesuaikan bunyi: kedua-dua rangkap itu dipilih utk ~ bunyi pepatah itu; 2. mengarang dlm bentuk sajak; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; penyajak orang yg mengarang sajak, pengarang sajak, penyair: seorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa utk mengindahkan sajaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| warna-warni | 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memahamkan | 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |