Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berjejasrosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll, menunjukkan tanda atau kesan kerosak­an: baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpaskanmenjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunah­kan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpasmenjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunah­kan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahan 1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walaupun mengalami berbagai-bagai hal:Kamus Pelajar
tumpas Ihabis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia Tenggara; menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunah­kan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya; ketumpasan perihal tumpas; tumbas.Kamus Dewan Edisi Keempat
terlingkup1 terbalik (bkn kapal atau perahu). 2 habis rosak; punah; jahanam: Jika kita boros, ~lah perniagaan kita ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lingkup II, = terlingkup 1 terbalik (bkn kapal atau perahu). 2 habis rosak; punah; jahanam: Jika kita boros, ~lah perniagaan kita ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jejas1. luka sedikit, lecet, relas: jangankan terbelah, ~ pun tidak; 2. = berjejas rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll, menunjukkan tanda atau kesan kerosak­an: baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~; menjejaskan 1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka; terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama; jejasan perihal jejas (luka dll); penjejasan perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahan1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walau­pun mengalami berbagai-bagai hal: Kereta ini kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun. 2 sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu: Siapa yg ~ menanggung seksaan yg se­kejam itu? 3 boleh cukup; mencukupi; memadai: Beras ini ~ utk seminggu. ~ air tidak dpt dimasuki air. ~ api tidak dpt terbakar. ~ hati teguh hati; cekal hati. ~ lama tidak lekas rosak atau busuk. ~ lasak a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. menahan 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. me­nahankan 1 menjadikan tahan; men­­­jadikan tidak mudah rosak dll. 2 meng­gunakan sesuatu utk menahan. mempertahankan 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. tertahan dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. tertahan-tahan tidak berapa lancar (bkn sesuatu); terputus-putus; terhenti-henti. tahanan 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. ketahanan sifat atau keadaan tahan; kekuatan. pertahanan 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. penahanan perihal (perbuatan dsb) menahan. penahan orang dll yg menahan; penyekat; penghalang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ranah II; punah-~ habis rosak sama sekali; ® punah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas