| aman | 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gangguan atau sesuatu yg tidak menyenangkan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd puteranya; mengamankan 1. menjadikan aman (tenteram, tenang), menyentosakan, menenteramkan: rundingan-rundingan itu bertujuan utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) mengamankan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| raja | I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tauliah | 1. pelantikan menjadi wali (wakil dll), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dll): bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya? 2. surat kuasa (sbg wakil dll), surat kepercayaan; bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; mentauliahi memberi tauliah kpd;mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya tidak dapat ber-samanya di majlis ~ pegawai kadet itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lahir | 1 yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2 keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3 muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb): Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan: ~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lahir | 1. yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2. keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3. muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb):Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll):Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2. mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin:Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3. mengadakan; mewujudkan:Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan:~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. lahiriah pd lahirnya; tampaknya. | Kamus Pelajar |
| cinta | 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mudik | 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ulit I | ; berulit 1. sedang bernyanyi utk menidur-kan anak, berdondang utk menidurkan anak; 2. = ~ dgn tidur bersama-sama, tidur dgn: dia ~ dgn anaknya; mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulit-kan 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn me-meluk, memangku, merangkul: dia rela tubuh-nya diulit oleh pemuda itu; pengulit 1. lagu atau nyanyian utk menidur-kan (anak dll), dodoi, dondong: maka biduan-da yg baik suara pun menyanyilah lagu ~ putera raja beradu; 2. penghibur (hati), pelipur: ceteranya dipindahkan drpd bahasa Jawa kpd bahasa Melayu, akan penghibur hati yg masyghul, akan ~ hati yg dendam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| panah | senjata yg terdiri drpd benda melengkung yg diberi bertali (busur) serta benda tajam spt seligi. anak ~ benda tajam yg dilepaskan drpd busur. ibu ~ benda yg dilengkungkan serta diberi bertali utk melepaskan anak panah; busur. memanah 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. memanahkan melepaskan sesuatu dr busur: Ia pun ~ anak panah sakti itu ke arah musuh-musuhnya. panahan hal memanah; hasil drpd memanah: ~nya tepat mengenai sasaran. pemanah orang yg memanah. sepemanah sejauh jarak yg diliputi anak panah yg dilepaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mitos | 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsurunsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kam-pung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang | Kamus Dewan Edisi Keempat |